'Orang Melayu bukan Pas, Umno saja'

Anwar
Anwar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak tanggapan kerjasama Pas dan UMNO akan menyatukan orang Melayu.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, ini kerana orang Melayu bukan hanya terdiri daripada ahli-ahli dua parti tersebut.

"Melayu ini bukan semua dalam Pas dan UMNO saja. Dalam PKR pun ada, masyarakat biasa pun ada, bukan ahli pun ramai, dalam persatuan-persatuan pun ramai.

"Jadi yang penting bukan soal perpaduan Melayu saja tapi memantapkan kedudukan Islam, memartabatkan bahasa dan menjaga kepentingan semua rakyat dan kaum negara kita.

Bagi saya, isunya adalah 'good governance' dan usaha yang telus membantu semua rakyat," katanya kepada media selepas mesyuarat Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pandangan penganalisis politik yang berpendapat kerjasama Pas dan UMNO akan menyatukan orang Melayu.

Menurut Anwar, pendekatan PH adalah lebih menyeluruh kerana meliputi masyarakat Melayu dan bukan Melayu.

"Majoriti rakyat miskin dan terabai itu orang Melayu, jadi tak perlu kita tekankan hanya satu.

Artikel Berkaitan:

Ini kerana kalau lihat India di estet masih lagi perlu pembelaan dan juga beberapa kelompok Cina di kumpulan sesak, miskin bandar pun wujud.

"Oleh demikian, saya fikir pendekatan PH itu adalah pendekatan yang bijak dan boleh selesaikan masalah rakyat, terutama masyarakat Melayu dan bukan Melayu di bawah kumpulan B40 yang perlukan pembelaan," katanya.