X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 23 Oktober 2021

Penternak dikompaun RM4,400 biar ternakan berkeliaran

Gambar hiasan
A
A

JEMPOL - Seorang penternak lembu dikenakan kompaun sebanyak RM4,400 oleh Majlis Perbandaran Jempol (MPJL) selepas didapati membiarkan ternakannya berkeliaran pada Khamis lalu.

Yang Dipertua (MPJL), Raja Norazli Raja Nordin berkata, pemilik haiwan berkenaan dikenakan tindakan dalam Ops Ternakan Terbiar dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasaan MPJL di dua lokasi berasingan di Jalan Serting Hilir- Tembangau dan Simpang Felda Lui Timur.

"Dalam operasi di bawah Enakmen Melarang Kerbau dan Lembu Kawasan-Kawasan Larangan 1971 itu telah menangkap lima ekor lembu kerana didapati berkeliaran di jalan raya dan kawasan awam.

"Bagaimanapun empat daripada keseluruhan haiwan ternakan yang ditangkap itu telah dituntut oleh pemiliknya pada Jumaat lalu setelah membayar kompaun maksimum," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Jelasnya, kadar kompaun yang dikenakan itu termasuk kadar denda dan kos jagaan sehari.

"Seekor lagi lembu belum dituntut oleh pemiliknya dan sekiranya masih tidak dituntut sehingga Khamis ini, haiwan berkenaan akan dilupuskan," katanya.

Dalam pada itu, Raja Norazli turut memberi peringatan kepada penternak supaya bertanggungjawab terhadap haiwan ternakan mereka bagi mengelakkan dikenakan tindakan undang-undang.

"Semoga dengan tindakan ini akan dapat memberikan pengajaran kepada kesemua pemilik haiwan ternakan untuk menjaga haiwan masing-masing supaya tidak menyebabkan masalah keselamatan dan kacau ganggu kepada orang ramai," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!