X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Arab Saudi lakukan lebih 28 juta ujian Covid-19

Seorang petugas melakukan ujian swab di kemudahan ujian Covid-19 pandu lalu di Abu Dhabi. - Foto AP
A
A

RIYADH - Arab Saudi sudah melakukan 28,553,941 ujian makmal untuk Covid-19 menggunakan teknologi Polimerase Chain Reaction (PCR) sejak virus itu pertama kali dikesan di negara itu, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Menurut Kementerian Kesihatan Arab Saudi, kapasiti ujian Covid-19 melebihi 130,000 sehari, dengan 90 peratus keputusan dikeluarkan kurang dari 18 jam, sementara 99 peratus kurang 24 jam.

Ini sekali gus menjadikan Arab Saudi antara negara utama dunia mengendalikan ujian yang berkualiti tinggi dan keputusan dapat dikeluarkan dalam waktu singkat.

Jumlah makmal ujian diluluskan Lembaga Kesihatan Awam adalah 48 di sektor kerajaan manakala 75 makmal swasta.

Makmal yang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan sebanyak 25 dengan kapasiti 80,000 ujian setiap hari.

Arab Saudi satu daripada negara pertama dunia yang menyediakan makmal ujian Covid-19. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!