X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 23 Oktober 2021

Mayat lelaki terapung ditemui berhampiran Pulau Rimau

Gambar hiasan.
A
A

BALIK PULAU - Mayat seorang lelaki ditemui terapung dalam keadaan tertiarap lebih kurang 3 batu nautika dari Pulau Rimau, Batu Maung, di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya menerima maklumat penemuan itu daripada orang awam kira-kira jam 3.20 petang sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan kembung dan mengeras lengkap berpakaian baju pendek, berseluar sukan dan tidak berkasut.

"Di sebelah siku tangan kiri mayat itu tersangkut selipar berwarna hitam dan polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada lelaki berkenaan.

"Melihat keadaan mayat yang sudah pun mengembung, kita percaya lelaki berusia lingkungan 30 tahun itu telah meninggal dunia lebih dari 24 jam," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kamarul Rizal berkata, mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat dan beliau menyeru orang ramai yang hilang ahli keluarga agar menghubungi Sarjan Jana Ak Milie di talian 013-5740574 untuk pengecaman mayat.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!