Aduan nelayan dapat perhatian

Yusrizal menunjukkan keadaan muara cetek yang menimbulkan kesukaran kepada nelayan.
Yusrizal menunjukkan keadaan muara cetek yang menimbulkan kesukaran kepada nelayan.
A
A
A

KUALA NERUS - Masalah muara Pantai Tok Jembal yang cetek mendapat perhatian kerajaan negeri dalam usaha membantu aktiviti keluar masuk golongan nelayan di kawasan muara itu.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pihaknya telah menghubungi pihak berkuasa berkaitan susulan aduan dan keluhan diterima daripada nelayan.

Menurutnya, satu pertemuan bakal diadakan dalam tempoh terdekat ini bagi membincangkan secara lebih terperinci mengenai perkara itu bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.

"Saya telah menghubungi Pengarah Tanah dan Galian Negeri serta pegawai-pegawai di Pejabat Daerah Kuala Nerus untuk mendapatkan maklum balas pihak kerajaan dalam isu ini.

“Insya-ALLAH satu pertemuan akan diadakan melibatkan beberapa agensi kerajaan dengan nelayan bagi menyelesaikan isu ini," katanya menerusi aplikasi WhatsApp, di sini.

Semalam, Sekretariat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus turut membuat tinjauan ke perkampungan nelayan di Pantai Tok Jembal setelah mendapat aduan nelayan di kawasan itu.

Tinjauan itu dilakukan setelah mendapat aduan nelayan yang mengadu mengenai tempat meletakkan bot dan sampan terlalu cetek sehingga menyukarkan mereka untuk keluar dan masuk ke muara.

Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Yusrizal Wan Shafi’I berkata, pihaknya mengakui masalah air cetek di muara itu boleh menimbulkan kesukaran kepada nelayan untuk turun ke laut.

Artikel Berkaitan:

“Sekretariat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus akan mengambil langkah segera bagi menangani masalah ini malah perkara itu telah mendapat perhatian Yang Berhormat Ahli Parlimen," katanya.