X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 25 Oktober 2021

Kerajaan galak penubuhan pusat jagaan warga emas swasta

Rina ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Shalis Care Centre, Jalan Telipot pada Jumaat.
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan menggalakkan mana-mana pihak yang mahu menubuhkan pusat jagaan harian warga emas di negara ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, langkah berkenaan dilihat bersesuaian dengan Malaysia yang akan menjadi negara tua pada tahun 2030.

"Malaysia akan menjadi negara tua pada tahun 2030 dan 15 peratus daripada rakyat akan berusia 60 tahun ke atas.

"Jadi dalam tempoh tidak sampai 10 tahun sudah pasti kita mahu menggembleng usaha bukan sahaja di peringkat kerajaan tetapi pihak swasta juga mengusahakan tempat sebegini.

"Ia juga akan melibatkan fisioterapi dan kaunseling kerana kita mahu warga emas sihat, aktif dan cerdas," katanya kepada pemberita

selepas melakukan lawatan kerja ke Shalis Care Centre, Jalan Telipot pada Jumaat.

Turut hadir, Exco Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Datuk Mumtaz Md Nawi dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Said Sidup.

Mengulas lanjut Rina memberitahu, kerajaan sudah mempunyai pusat jagaan untuk warga emas namun rakyat diberi pilihan sama ada menghantar ibu bapa mereka ke pusat jagaan kerajaan atau swasta.

"Kita beri galakan supaya lebih banyak lagi pusat yang diwujudkan sebegini kerana akan melibatkan sasaran tertentu seperti keluarga miskin dan mereka yang kurang berkemampuan.

"Tinjauan saya hari ini untuk melihat bagaimana pusat jagaan swasta melaksanakan program seperti ini. Kita harap ia dapat dikembangkan di tempat lain juga selepas ini," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!