Jenayah terancang: 22 lelaki tidak mengaku anggotai Geng Sakai

Seramai 19 individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai ‘Geng Sakai’ antara Januari 2015 dan Jun 2021. - Foto Bernama
Seramai 19 individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai ‘Geng Sakai’ antara Januari 2015 dan Jun 2021. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Seramai 22 lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat atas pertuduhan menyertai kumpulan terancang Geng Sakai bermula enam tahun lalu.

Rosli Sahak yang digelar sebagai Sakai, bersama 21 yang lain membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca dalam bahasa Melayu dan Tamil di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Mereka yang lain itu ialah A Ravindran, A Uthayakumar, S Sathiaseelan, T Kumar, A Kumaresan, N Tanasilan, Thirumal Raj, M Darshan, A Dineswaran, S Mohanraj, R Nantha Kumar, S Gobinath, M Ravishankar, M Thinesh, N Tannish, S Sagadevan, Mohamad Faisal Mohamad Sharif, Sukhdave Singh Jesvir Singh, R Logeswaran, R Tannesh dan A. Jayaprakash.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh yang berusia antara 18 hingga 47 tahun didakwa melakukan perbuatan itu di Flat Sri Selangor, di sini antara Januari 2015 dan Jun lalu.

Atas kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Maryam Jamielah Manaff, Nur Ainaa Ridzwan dan Rajdeep Singh Bhupinder Singh.

Sementara itu, 17 tertuduh diwakili peguam Datuk Sheelan Arjunan, Datuk T Harpal Singh, Datuk Geethan Ram Vincent, Revin Kumar, Mahajoth Singh, Wan Zaleha Abdul Wahab, Naizatul Zambrina Karizaman, Jay Moy Wei Jiun, Jayarubbiny, P Taneswaran dan K Komagan manakala lima lagi tertuduh tidak diwakili mana-mana pihak.

Mahkamah kemudian menetapkan 22 Oktober depan untuk serahan dokumen.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, seorang tertuduh iaitu G Sivanamthan tidak hadir ke mahkamah kerana penjara yang menempatkan tertuduh ditutup bagi mengelak penularan pandemik Covid-19.