Kertas siasatan dakwaan Caprice, Nadir fitnah Ebit Lew ke DPP

Kertas siasatan berhubung isu misi kemanusiaan Ebit Lew yang turut melibatkan penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice dan Nadir Al-Nuri pada Julai lalu sudah dirujuk kepada timbalan pendakwa raya.
Kertas siasatan berhubung isu misi kemanusiaan Ebit Lew yang turut melibatkan penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice dan Nadir Al-Nuri pada Julai lalu sudah dirujuk kepada timbalan pendakwa raya.
A
A
A

SHAH ALAM - Kertas siasatan berhubung isu misi kemanusiaan pendakwah, Ebit Lew yang turut melibatkan penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice dan Nadir Al-Nuri pada Julai lalu sudah dirujuk kepada timbalan pendakwa raya.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, sebelum ini kertas siasatan telah diserahkan untuk disemak Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Kita telah merujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut pada Rabu lalu,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Sinar Harian pada 2 September melaporkan polis terpaksa meminta bantuan polis antarabangsa (Interpol) untuk menghubungi Caprice dan Nadir yang berada di Semenanjung Gaza ketika itu supaya dapat merakam keterangan mereka.

Menurut laporan tersebut, tindakan itu susulan laporan yang dibuat oleh Ebit Lew di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 21 Julai lalu.

Artikel Berkaitan: