X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 27 Oktober 2021

Bekalan air di Shah Alam pulih sepenuhnya

Pemakluman bekalan air pulih sepenuhnya di Facebook Air Selangor pada Jumaat.
A
A

SHAH ALAM - Gangguan bekalan air di enam lokasi di Shah Alam susulan paip pecah di Persiaran Perusahaan, Seksyen 23 pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah hari Jumaat.

Kerja-kerja pembaikan siap pada jam 6 pagi Jumaat dan bekalan air mula disalurkan secara berperingkat 15 minit kemudian.

Air Selangor menerusi kemas kini di Facebook mengucapkan terima kasih kepada pengguna dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual itu.

Menerusi kenyataan itu, Air Selangor turut memohon kerjasama melaporkan sebarang kejadian paip bocor atau pecah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Ia bagi memastikan tindakan pembaikan dapat dilakukan dengan segera.

"Aduan boleh dikemukakan di saluran komunikasi Air Selangor seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300," menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Air Selangor berkata, pertanyaan dan aduan juga boleh dilakukan melalui Help Centre di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Pada Khamis, Air Selangor memaklumkan enam kawasan iaitu Seksyen 18, Seksyen 19, Seksyen 20, Seksyen 23, Seksyen 24 dan Seksyen 25 di Shah Alam terlibat gangguan air tidak berjadual susulan insiden paip pecah.

ARTIKEL BERKAITAN: Gangguan bekalan air tidak berjadual di enam kawasan di Shah Alam


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!