Polis minta keluarga nasihat Sajat balik hadapi pertuduhan

Abd Jalil menunjukkan gambar Sajat pada sidang media di IPD Gombak pada Jumaat.
Abd Jalil menunjukkan gambar Sajat pada sidang media di IPD Gombak pada Jumaat.
A
A
A

GOMBAK - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati keluarga kepada Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat supaya membantu memujuk usahawan kosmetik itu pulang ke tanah air.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya berharap Sajat pulang ke tanah air untuk menghadapi pertuduhan di mahkamah.

"Kami yakin keluarga Sajat boleh membantu PDRM untuk memujuknya pulang ke tanah air," kata beliau dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di sini, pada Jumaat.

Abd Jalil berkata, pada masa sama pihaknya kini dalam proses permohonan ekstradisi terhadap Sajat.

Beliau berkata, Sajat, 36, ditahan oleh pihak Imigresen Thailand kerana memiliki pasport tidak sah.

"Sajat kini menggunakan nama samaran Bella dan berjaya mendapat kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu Mengenai Orang Pelarian (UNHCR).

"Sajat sedang menunggu tawaran negara ketiga bagi membantunya ditempatkan di negara tersebut," katanya.

Muhammad Sajjad dikehendaki di negara ini atas beberapa kes antaranya menggunakan kekerasan jenayah untuk menakutkan dan menghalang penjawat awam menjalankan kewajipan selain kes penipuan pertukaran nama dan jantina.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut dikehendaki selepas waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke prosiding sebutan semula kes pertuduhan melibatkan berpakaian menyerupai wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.