Masak nasi pun dapat menang wang tunai

A
A
A

Peraduan Masak dan Menang Jati Malaysia sedia RM8,100 kepada pemenang

Peraduan ‘Masak dan Menang Jati Malaysia’ sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia anjuran Serba Wangi Sdn Bhd (Serba Wangi) bersama Sinar Harian kini sedang berlangsung.

Berkonsepkan rakaman video TikTok, peraduan ini menawarkan wang tunai dengan nilai keseluruhan berjumlah RM8,100 berserta hamper untuk pemenang tempat pertama, kedua, ketiga dan tujuh hadiah saguhati.

Peraduan yang bermula pada 10 September lalu menetapkan tarikh tutup penyertaan dan penerimaan akhir dengan jumlah tanda suka (Likes) dihadkan pada jam 11.59 malam, 3 Oktober 2021.

Zishi menerangkan tentang syarat penyertaan yang perlu dipatuhi peserta Peraduan ‘Masak dan Menang Jati Malaysia’.
Zishi menerangkan tentang syarat penyertaan yang perlu dipatuhi peserta Peraduan ‘Masak dan Menang Jati Malaysia’.

Artikel Berkaitan:

Pengurus Serba Wangi, Low Zishi berkata, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi peserta ketika menghasilkan video kreatif bagi memastikan bahan yang dihantar menepati prosedur untuk dinilai dan disahkan layak.

Menurutnya, peraduan ‘Masak dan Menang Jati Malaysia’ menetap syarat rakaman video TikTok memasak mestilah menggunakan dan memaparkan produk Jati, bercirikan semangat Malaysia serta menjadikan muzik rasmi original Beras Jati sebagai latar utama.

“Selain itu, rakaman video TikTok peserta mestilah berdurasi tidak lebih daripada satu minit. Peserta juga perlu memuat naik video di platform TikTok dan memasukkan tanda pagar #JatiMalaysia #fyp #MasakMenangJatiMalaysia #SinarHarian.

“Peserta perlu memastikan tetapan privasi umum pada profil TikTok agar pihak Jati dapat mengenal pasti video rakaman. Akhir sekali, tagkan video TikTok bersama @jatimalaysia dan @sinarharianonline,” jelasnya kepada Sinar Harian.

Katanya, bagi memberi keadilan kepada semua peserta, pihak Jati dan Sinar Harian akan memastikan para peserta memenuhi kesemua syarat peraduan tanpa kompromi.

Tegasnya, peserta perlu peka kepada syarat yang telah ditetapkan agar tidak menyulitkan proses penjurian atau menyebabkan penyertaan ditolak.

“Kongsi resepi unik anda serta tunjukkan kebolehan memasak dengan menggunakan produk Jati dan mungkin anda salah seorang pemenang bertuah yang bakal merebut hadiah wang tunai dari keseluruhan berjumlah RM8,100,” katanya.