MEDAC bentuk jawatankuasa bantu usahawan pasca pandemik

Noh Omar
Noh Omar
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) telah membentuk satu jawatankuasa khas atau task force bagi membantu usahawan pasca pandemik Covid-19.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, melalui pembentukan jawatankuasa khas ini, pihaknya sedang mengambil tindakan segera dalam tempoh jangka pendek menerusi petunjuk prestasi utama (KPI) 100 hari.

Menurutnya, dalam tempoh jangka pendek itu, ia memberi fokus kepada tiga pendekatan utama.

“Pertama, berusaha memulihkan usahawan dan koperasi terjejas melalui bantuan pembiayaan. Yang kedua, membantu golongan yang hilang pekerjaan (iaitu) belia dan graduan menceburi keusahawanan termasuk golongan asnaf dan orang kurang upaya (OKU).

“Ketiga, memperkukuhkan daya tahan perusahaan mikro kecil dan sederhana melalui adaptasi teknologi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Khamis.

Noh menambah, bagi tindakan jangka panjang, pihaknya juga telah mengenal pasti beberapa inisiatif dan penelitian.

“Menyelaras dan menjajarkan semula pelaksanaan program-program di bawah agensi MEDAC serta meningkatkan sistem penyampaian,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: