Kerajaan kaji aplikasikan teknologi perkasa sekolah memandu

Ka Siong ketika sesi menjawab soalan pada Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini.
 - Foto Bernama
Ka Siong ketika sesi menjawab soalan pada Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini.
 - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan dalam proses melaksanakan satu kajian kebolehlaksanaan mengaplikasikan teknologi seperti analisis data raya automasi dan penggunaan sensor yang canggih bagi memperkasakan industri sekolah memandu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, proses itu kini dalam fasa pengujian.

“Contohnya kalau seseorang itu membuat ujian dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), bukan sahaja kamera litar tertutup (CCTV) dan video rakaman tetapi sensor juga akan diletakkan dalam kenderaan yang sedang menjalankan ujian.

“Pada waktu yang sama apabila di litar semasa (ujian) meletak kenderaan, semua tiang tempat meletak kenderaan akan dipasang kamera dan sensor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Zakaria Mohd Edris (Bersatu-Libaran) yang bertanyakan usaha kerajaan untuk memperkasakan teknologi untuk industri sekolah memandu ketika pasca Covid-19 dan masa hadapan.

Mengulas lanjut, Ka Siong menambah, dengan adanya penggunaan teknologi dan sensor semua maklumat dapat dikawal oleh pusat kawalan dan integriti dapat ditegakkan.

Selain itu katanya, dengan penggunaan automasi juga boleh melihat semula perkara yang berlaku sekiranya ada dakwaan oleh mana-mana pihak.

Artikel Berkaitan: