X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 23 Oktober 2021

KKM perkasa komuniti, CAC tangani kes kematian luar hospital

Khairy Jamaluddin
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memperkasakan komuniti dan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di seluruh negara bagi mengurangkan kes kes kematian di luar hospital (BID).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pemerkasaan komuniti perlu dilaksanakan supaya pemimpin masyarakat di sesuatu tempat mengambil tahu akan keadaan penularan Covid-19 di kawasan masing-masing.

“Ini supaya pemimpin masyarakat di satu-satu tempat tahu berkenaan dengan kes Covid-19 yang mungkin sudah ada gejala, buat ujian dan didapati positif dan boleh dibawa secepat mungkin ke CAC untuk penilaian.

“Kita juga sedang meningkatkan keberkesanan CAC maya untuk memastikan mereka yang melaporkan ujian positif dan bergejala dapat dihubungi melalui panggilan daripada sukarelawan di pejabat kesihatan daerah,” katanya ketika di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Bersatu-Sabak Bernam) mengenai langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menangani masalah berkaitan pengoperasian CAC.

Mengulas lanjut, Khairy memaklumkan bahawa tindakan untuk memperkenalkan CAC maya di Selangor pada Julai lalu bagi pesakit yang Covid-19 kategori satu dan dua telah berjaya mengawal kes penularan di negeri tersebut.

Justeru beliau berkata, usaha untuk menubuhkan CAC maya negeri lain sedang giat dijalankan bagi menangani peningkatan pesakit Covid-19 di seluruh negara.

Katanya, jumlah terkini CAC di seluruh negara adalah sebanyak 209 buah dan ia akan berubah mengikut keadaan semasa.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!