X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

Ronaldo pemain paling kaya, raih RM523.30 juta tahun ini

Ronaldo menjadi pemain bola sepak terkaya dunia memintas Lionel Messi dalam senarai 10 pemain bola sepak berpendapatan paling tinggi tahun ini.
A
A

PENYERANG Manchester United, Cristiano Ronaldo menjadi pemain bola sepak terkaya dunia memintas Lionel Messi dalam senarai 10 pemain bola sepak berpendapatan paling tinggi tahun ini.

Statistik tersebut dikeluarkan oleh Forbes dengan menjelaskan kepulangan Ronaldo ke United membantu dia mendapat pendapatan tertinggi musim ini.

Ronaldo menerima 91.5 juta pound (RM523.30 juta) sebelum cukai untuk musim 2021-22 dan jumlah itu termasuk 51.25 juta pound (RM293.10 juta) gaji dan bonus selepas pulang ke Old Trafford.

Messi pula berada di belakang Ronaldo dengan pendapatan 80.5 juta pound (RM460.38 juta) disusuli dua pemain Paris Saint-Germain (PSG), Neymar dan Kylian Mbappe dikedudukan ketiga dan keempat.

Bintang Portugal itu juga menjadi pemain yang mendapat pendapatan terbanyak menerusi penajaan dengan jumlah sebanyak 40 juta pound (RM228.76 juta) tahun ini.

Namun, Ronaldo tewas kepada tiga atlet yang mendapat jumlah daripada segi penajaan lebih tinggi tahun ini iaitu pemain tenis, Roger Federer yang meraih 66 juta pound (RM 377.43 juta), pemain bola keranjang, LeBron James dengan 48 juta pound (RM 274.50 juta) dan pemain golf Tiger Woods 44 juta pound (RM 251.62 juta).


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!