X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 23 Oktober 2021

Genting Highlands, Melaka, Pulau Tioman bakal dibuka

Nancy Shukri - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Genting Highlands, Melaka dan Pulau Tioman bakal menjadi destinasi baharu bagi pelaksanaan gelembung pelancongan negara.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, perkara itu telah dipersetujui melalui Mesyuarat Kuartet Menteri Covid-19 berhubung Prosedur Operasi Standard (SOP) pada Selasa.

Bagaimanapun katanya, keputusan tersebut akan diteliti di peringkat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu.

“Hari ini kita telah meluluskan tiga destinasi iaitu Genting Highlands, Melaka dan Pulau Tioman dan akan dibentang kepada Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 esok.

“Kita telah beri masa dua minggu untuk destinasi ini dibuka semula. Sekiranya syor berkenaan diluluskan, kebenaran hanya berkuat kuasa bermula 1 Oktober.

“Lokasi-lokasi ini bukan eksklusif sebaliknya kita akan perhalusi lagi destinasi lain bukan setakat di kepulauan sahaja tetapi untuk kawasan tanah besar,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen pada Selasa.

Ditanya mengenai SOP yang bakal dilaksanakan khususnya bagi destinasi Melaka, Nancy berkata, perkara itu telah diperhalusi kerana membabitkan kawasan yang luas.

“Kita mahu kenakan, sama ada ujian Covid-19 juga seperti Langkawi, ia agak sukar kerana melibatkan kawasan luas tidak seperti Pulau Langkawi.

“Ini yang perlu diperhalusi. Kita akan serahkan pada sidang esok dan akan diumumkan oleh Ismail Sabri,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!