PKPD di Kampung Garib di Kudat bermula Rabu

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Kampung Garib, Matunggong di Kudat, Sabah bermula 22 September hingga 5 Oktober depan.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad, keputusan tersebut diputuskan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di kawasan tersebut.

"Prosedur operasi standard (SOP) di lokaliti ini adalah sama seperti diumumkan sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam kenyataan yang sama, Rodzi turut memaklumkan pelanjutan PKPD di Kampung Dusun Pak Senam, Mukim Ulu Jelai, di Lipis, Pahang.

"Kawasan tersebut sepatutnya tamat pada 21 September ini, namun dilanjutkan bermula 22 September sehingga 5 Oktober depan," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut juga memaklumkan penamatan PKPD di tujuh lokaliti di Sabah bermula 21 September ini.

Jelasnya, ia membabitkan Kampung Tanjung Batu Tengah di Tawau, Taman Limauan, Kinarut di Papar, Kampung Pantai Emas dan Kampung Lentigi di Kota Belud.

"Tiga lokaliti lain di Sabah yang ditamatkan PKPD ialah, Kampung Mompilis, Matunggong di Kudat, Kampung Pahu Pinawantai di Ranau dan Kampung Lotong di Kota Marudu," katanya.

Artikel Berkaitan: