X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 23 Oktober 2021

Turki terajui usaha perangi Islamofobia: Erdogan

Recep Tayyip Erdogan - Foto fail AFP
A
A

NEW YORK - Turki kini menjadi peneraju utama dalam usaha memerangi Islamofobia di pentas antarabangsa, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan pada Ahad, lapor Agensi Anadolu (AA).

"Kami memerangi virus yang lebih merbahaya dan licik. Virus ini, sama bahayanya dengan Covid-19, dinamakan Islamofobia.

"Virus ini menular dengan sangat pantas," kata Erdogan pada pertemuan anjuran Jawatankuasa Pemandu Turki Amerika di New York City.

Menurut beliau, Islamofobia telah berubah menjadi trend yang mengganggu kehidupan seharian umat Islam dan mengancam keamanan sosial.

Erdogan tiba di New York untuk menghadiri sesi ke-76 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa.

Sebelum itu, beliau meluangkan masa mengunjungi Pusat Turkevi yang bakal dibuka, terletak di 821 First Avenue, Manhattan, berdekatan dengan ibu pejabat PBB.

Katanya, bangunan pencakar langit 36 ​​tingkat itu adalah "monumen kebanggaan" yang tidak hanya berfungsi sebagai rumah bagi orang Turki tetapi juga untuk masyarakat Islam Amerika.

Bangunan yang menampilkan seni bina tradisional Turki, terutama dari Empayar Seljuk itu dapat dilihat dari pusat bandar Manhattan, Sungai Timur dan Long Island.

Rekaan bangunan itu mencerminkan budaya, sejarah dan kepelbagaian Turki. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!