563 guru di Johor masih enggan terima vaksin

Mazlan (kanan) melihat seorang pelajar diberikan suntikan sempena Program Imunisasi Kebangsaan Bagi Vaksinasi Pelajar Sekolah Negeri Johor di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Daya, Johor Bahru, pada Isnin.
Mazlan (kanan) melihat seorang pelajar diberikan suntikan sempena Program Imunisasi Kebangsaan Bagi Vaksinasi Pelajar Sekolah Negeri Johor di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Daya, Johor Bahru, pada Isnin.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 563 guru di negeri ini masih menolak vaksinasi dan ramai memberi alasan faktor kesihatan.

Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Negeri Johor, Mazlan Bujang memberitahu, daripada jumlah itu, terdapat kira-kira 200 guru yang enggan divaksin tanpa mempunyai masalah kesihatan.

Bagaimanapun kata beliau, majoriti guru wanita menolak vaksin termasuk yang sedang mengandung kerana bimbang menjejaskan kandungan tetapi mereka bukan anti vaksin.

"Kita menyerahkan perkara berkenaan kepada Kementerian Pendidikan untuk sebarang tindakan terhadap 200 guru yang masih ingkar dan menolak untuk divaksin," katanya sempena Program Imunisasi Kebangsaan Bagi Vaksinasi Pelajar Sekolah Negeri Johor di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Daya di sini pada Isnin.

Bulan lalu Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) mendedahkan seramai 779 guru di Johor dilaporkan menolak untuk divaksinasi dan mereka memberi alasan mereka membuat kuputusan tersebut kerana ragu dengan vaksin.

Susulan itu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengadakan pertemuan dengan mereka bagi mencari penyelesaian di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan di sini pada 27 Ogos lalu.

Mazlan memberitahu, pendekatan berhemah dengan memberi penjelasan dan penerangan berkenaan vaksinasi akan terus dilakukan dalam usaha memberi kefahaman yang jelas kepada mereka.

Dalam pada itu, beliau menjunjung kasih dengan keprihatinan Tunku Ismail sanggup bertemu guru yang enggan divaksin itu dan perjumpaan ini menampakkan kesan yang baik.

Artikel Berkaitan: