Penyatuan UMNO, Pas dinanti rakyat selepas PH gagal: Zahida

Zahida Zarik Khan
Zahida Zarik Khan
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Puteri UMNO, Zahida Zarik Khan menyifatkan penyatuan antara UMNO dan Pas amat dinanti majoriti rakyat Malaysia selepas melihat kerajaan PH gagal menjalankan amanah dan mengekalkan keharmonian apabila pelbagai isu-isu sensitif dibangkitkan.

Menurutnya, kerjasama UMNO dan Pas adalah amat diperlukan dalam situasi politik semasa negara sekarang kerana ia bukan sahaja menguntungkan dua parti politik orang Melayu Islam terbesar negara tetapi menguntungkan seluruh rakyat Malaysia.

"Kita pernah bersama-sama pada 1969 kemudian berpisah, ibarat pasangan bercerai yang rujuk kembali, demi anak-anak dan masa depan. Kali ini insya-ALLAH UMNO dan Pas akan bersatu kembali demi agama, demi orang-orang Melayu dan keharmonian negara," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Zahida berkata, penyatuan itu tidak akan mengubah dasar perjuangan kedua dua parti dan pastinya tidak akan menggugat kepentingan kaum-kaum lain seperti yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Segala perbalahan dan sengketa lama dilupakan, kita tutup buku lama kita buku baru, kita berpakat elok-elok, sengketa yang merugikan rakyat tidak patut berpanjangan, demi agenda yang lebih besar seperti kata peribahasa biduk lalu kiambang bertaut," kata beliau.

Artikel Berkaitan: