Tanah runtuh, 28 keluarga di Kemensah Heights diarah pindah

Tanah runtuh di belakang rumah teres dua tingkat di Kemensah Height pada Jumaat.
Tanah runtuh di belakang rumah teres dua tingkat di Kemensah Height pada Jumaat.
A
A
A

AMPANG - Seramai 28 keluarga yang menetap di 19 buah kediaman di Jalan Kemensah Height di sini diarah untuk mengosongkan kediaman mereka selepas berlaku kejadian tanah runtuh pada Jumaat.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.33 malam dan tiba di lokasi kejadian pada jam 9.44 malam.

"Seramai lima pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang bergegas ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi, kita mendapati berlaku tanah runtuh yang telah menjejaskan belakang 19 rumah teres dua tingkat," katanya melalui kenyataan pada Jumaat.

Norazam berkata, tiada mangsa cedera dalam insiden itu.

"Tindakan pihak bomba dan penyelamat adalah memindahkan semua mangsa dari kawasan rumah ke pusat pemindahan sementara," katanya.

Artikel Berkaitan: