Reman pemandu lawan arus sebabkan kematian dilanjutkan

Dalam kejadian awal pagi Ahad lalu, dua maut apabila kereta Proton Wira Aeroback dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dipandu melawan arus di Kilometer 8.5 Lebuh Raya Persekutuan.

A
A
A

SHAH ALAM - Reman individu yang memandu secara melawan arus sehingga mengakibatkan dua maut dalam kejadian awal pagi Ahad lalu disambung selama tiga hari lagi untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, reman terhadap suspek disambung hari ini.

"Permohonan sambungan reman selama tiga hari telah dipersetujui oleh Timbalan Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Shah Alam Norliza Hussin.

"Kes ini turut diklasifikasi semula kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Suspek yang memandu secara melawan arus itu sebelum ini direman enam hari untuk siasatan lanjut.

Dalam kejadian awal pagi Ahad lalu, dua maut apabila kereta Proton Wira Aeroback dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dipandu melawan arus di Kilometer 8.5 Lebuh Raya Persekutuan.

Artikel Berkaitan: