Amanah sedia hadapi gabungan UMNO-Pas

Mohamad Sabu
Mohamad Sabu
A
A
A

SHAH ALAM - Amanah menyeru seluruh pemimpin dan ahli untuk mengambil perhatian terhadap penggabungan antara UMNO-Pas dan bersiap sedia untuk menghadapi serangan mengenai isu agama serta kaum.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, isu gabungan Umno dan Pas yang sebelum ini bermula dalam gelap, kini sudah semakin menjadi realiti dengan terbentuknya sebuah gabungan politik selepas kemenangan mereka pada PRK Semenyih.

"Amanah menyeru seluruh pemimpin dan ahli untuk mengambil perhatian terhadap perkembangan terbaru ini," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Mohamad berkata, Amanah perlu mengakui hakikat untuk membuat pendekatan dan strategi baru bagi menguasai pemikiran rakyat khususnya orang Melayu dan Islam di negara ini.

"Amanah juga perlu bersedia untuk menghadapi serangan isu agama dan kaum ke arah penguasaan majoriti umat Islam dan rakyat Malaysia sekarang dan pada masa akan datang," ujar beliau.

Jelasnya, pendekatan Islam Rahmat Untuk Semua atau Rahmatan Lil Alamin perlu lebih menonjol untuk diterjemahkan dengan mengambil kira kewujudan pelbagai kaum dan agama di Malaysia.

"Bersama PH, Amanah akan terus berusaha menghadapi politik order baru ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 akan datang," katanya.

Artikel Berkaitan: