X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 18 Oktober 2021

Angkasawan rakam video cahaya selatan ketika bulan penuh

Imej jaluran cahaya selatan dirakamkan angkasawan Perancis, Thomas Pesquet menerusi video dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa baru-baru ini. - Foto ESA/NASA/Thomas Pesquet
A
A

PARIS - Seorang angkasawan dari Perancis, Thomas Pesquet berjaya merakamkan video imej jaluran cahaya selatan ketika bulan penuh dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) baru-baru ini.

Cahaya selatan tersebut turut dikenali sebagai Aurora Australis yang berasal dari bahasa Latin dan membawa maksud selatan itu berwarna hijau bercampur dengan warna biru.

Kadangkala ia bercampur dengan warna merah.

Pesquet, 43, yang merupakan angkasawan Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) menjelaskan di laman Facebook bahawa ketika rakaman video itu dibuat, cahaya bulan amat terang.

Jurutera angkasa itu mengaku bahawa dia beberapa kali telah menyaksikan cahaya aurora semasa misinya di ISS pada tahun ini.

Bagaimanapun, cahaya selatan itu kali ini istimewa kerana ia berlaku sewaktu bulan penuh.

Cahaya aurora itu terjadi apabila zarah-zarah dari matahari memasuki atmosfera Bumi dan bertembung dengan partikel oksigen dan nitrogen.

Fenomena semula jadi itu berlaku di Kutub Utara dan Kutub Selatan sekali gus bermakna penduduk yang tinggal di kawasan berlatitud rendah mempunyai peluang terbaik bagi melihatnya. - Agensi


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!