Salah faham mengenai SOP punca kesesakan di Sungai Pisang

Tular beberapa foto yang menunjukkan sekumpulan orang ramai melakukan aktiviti mandi manda dan berkelah yang dipercayai berlaku di sungai terbabit tanpa penjarakan sosial telah mencetuskan kemarahan orang ramai.
Tular beberapa foto yang menunjukkan sekumpulan orang ramai melakukan aktiviti mandi manda dan berkelah yang dipercayai berlaku di sungai terbabit tanpa penjarakan sosial telah mencetuskan kemarahan orang ramai.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Perhutanan Negeri Selangor mengakui orang ramai mungkin terkeliru dengan kawasan rekreasi di negeri itu yang telah dibenarkan untuk melakukan aktiviti riadah sehingga menjadi punca kesesakan di beberapa kawasan tumpuan ramai.

Memetik laporan Awani,Pegawai Hutan Daerah Selangor Tengah, Khairul Nizam Mohamed berkata, bagi negeri Selangor, semua kawasan Hutan Simpan masih tidak dibenarkan untuk sebarang aktiviti melibatkan orang ramai ketika ini.

"Kami berpandukan prosedur operasi standard (SOP) terkini yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang tidak membenarkan aktiviti termasuk berkelah.

"Mungkin kerana orang ramai agak keliru dengan syarat pematuhan SOP tersebut yang sebenarnya tidak melibatkan kawasan hutan simpan," katanya yang hadir memantau operasi bersepadu di enam kawasan di sekitar Gombak bagi menyuraikan orang ramai yang melakukan aktiviti rekreasi bersempena cuti umum pada Khamis.

Pegawai Jabatan Perhutanan Negeri Selangor menasihati pengunjung di kawasan rekreasi Alang Sedayu pada Khamis. - Foto Astro Awani
Pegawai Jabatan Perhutanan Negeri Selangor menasihati pengunjung di kawasan rekreasi Alang Sedayu pada Khamis. - Foto Astro Awani

Menurutnya, operasi yang dilakukan itu hanyalah menasihati dan mengarahkan orang ramai yang berkumpul seawal pagi di sekitar kawasan rekreasi di Gombak pada Khamis bersurai dan memberikan penerangan kepada mereka tentang SOP yang perlu diketahui.

Jelasnya, operasi itu melibatkan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, PDRM dan Jabatan Kesihatan Malaysia (KKM).

"Operasi ini berikutan gambar yang tular beberapa hari lalu didakwa aktiviti perkelahan di Sungai Pisang. Saya menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP yang telah digariskan bagi menjaga keselamatan diri.

Artikel Berkaitan:

"Gambar yang tular dilihat agak menakutkan dengan tidak ada penjarakan fizikal atau langkah-langkah yang sewajarnya selain ia membabitkan kawasan Hutan Simpan yang dilarang melakukan sebarang aktiviti," katanya.

Sebelum ini, beberapa foto yang menunjukkan sekumpulan orang ramai melakukan aktiviti mandi manda dan berkelah yang dipercayai berlaku di sungai terbabit tanpa penjarakan sosial telah mencetuskan kemarahan orang ramai.

Insiden yang seakan pesta itu dipercayai berlaku sejurus selepas kelonggaran merentas daerah selepas Lembah Klang mula beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).