Tragedi di Yan: Sultan Kedah kurnia sumbangan peribadi

Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah (kiri) berkenan menyerahkan sumbangan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim (dua, kanan) selepas baginda meninjau kesan bencana akibat fenomena kepala air yang berlaku pada 18 Ogos lepas di Titi Hayun hari ini.
Turut sama Pegawai Daerah Yan selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tunku Iskandar Shah Tunku Muzaffar Shah (kanan). - Foto Bernama
Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah (kiri) berkenan menyerahkan sumbangan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim (dua, kanan) selepas baginda meninjau kesan bencana akibat fenomena kepala air yang berlaku pada 18 Ogos lepas di Titi Hayun hari ini. Turut sama Pegawai Daerah Yan selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tunku Iskandar Shah Tunku Muzaffar Shah (kanan). - Foto Bernama
A
A
A

YAN - Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mengurniakan sumbangan peribadi untuk mangsa bencana alam dalam lawatan baginda ke tempat kejadian tragedi kepala air di Gunung Jerai di sini pada Khamis.

Kurniaan disampaikan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Kedah ketika baginda berangkat melawat tempat kejadian.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Bakar Din berkata, Sultan Sallehuddin menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terlibat dengan tragedi tersebut dan berharap agar mereka bersabar dan tabah menghadapi dugaan.

"Baginda turut berdoa ke hadrat ALLAH SWT agar roh individu-individu yang terkorban dalam tragedi itu ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh.

"Sultan Sallehuddin turut bertitah, fenomena ini menjadi iktibar dan pengajaran kepada semua pihak agar menghargai khazanah alam semula jadi dan memulihara serta menjaga alam sekitar," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Baginda sebelum itu dipersembahkan taklimat kronologi kejadian oleh Pegawai Daerah Yan, Tunku Iskandar Shah Tunku Muzaffar Shah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Yan.

Ia diikuti taklimat daripada Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji dan Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Kedah, Abdullah Sulaiman.

Artikel Berkaitan: