X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 27 Oktober 2021

Perjalanan antarabangsa: AS rancang sistem baharu

Jeff Zients. - Foto Awani
A
A

AMERIKA Syarikat sedang merangka sistem baharu untuk perjalanan antarabangsa.

Sistem baharu ini, menurut Penyelaras Tindak Balas Koronavirus White House Jeff Zients, akan merangkumi pengesanan kontak rapat apabila negara itu memansuhkan sekatan kelak.

Bagaimanapun, jelas Zients, negara itu belum bercadang melonggarkan sekatan perjalanan buat masa ini disebabkan penularan varian Delta yang semakin meningkat.

Katanya, sistem baharu itu bagi memastikan perjalanan antarabangsa lebih selamat seterusnya membenarkan kemasukan lebih ramai pelancong.

"Rakyat Amerika perlu percaya bahawa sistem baru untuk perjalanan antarabangsa ini adalah lebih selamat walaupun ketika itu kita membenarkan lebih ramai pelancong masuk.

"Kita sedang meneliti cadangan mempertimbangkan keperluan vaksinasi untuk warga asing yang memasuki Amerika Syarikat," kata Zients di Washington pada Rabu.

Sistem baharu itu akan merangkumi pengumpulan data pengesanan kontak rapat daripada penumpang yang tiba di negara itu bagi membolehkan Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit (CDC) menghubung mereka sekiranya terdedah kepada Covid-19.

Zients turut menjelaskan, sistem baharu itu akan menggantikan sekatan semasa dan ia "lebih selamat, lebih kuat dan lestari."

Beliau turut berkata, kadar vaksinasi penting di Amerika Syarikat dan di negara lain.

Sehubungan itu syarikat berkaitan pelancongan seperti syarikat penerbangan digesa mewajibkan pemberian vaksin kepada pekerja dengan segera.

Sekatan perjalanan ke Amerika pertama kali dikenakan sejak Januari 2020 susulan Covid-19 dikesan di China. - Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!