X

Kindly register in order to view this article
!

Imam Besar Masjid Putra mohon maaf

Tangkap layar video permohonan maaf oleh Imam Besar Masjid Putrajaya, Ikmal Zaidi Hashim melalui Facebook Masjid Putra Putrajaya
A
A

PUTRAJAYA - Imam Besar Masjid Putra, Ikmal Zaidi Hashim tampil memohon maaf secara terbuka berhubung isu layanan dua darjat bagi solat Jumaat baru-baru ini.

Menerusi rakaman yang disiarkan di laman Facebook Masjid Putra pada malam Selasa, Ikmal berjanji akan membaiki keadaan terutama berkaitan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) di Masjid Putra.

"Dengan rendah hati, saya ingin memohon maaf atas segala keterlanjuran tersebut," katanya.

Sehubungan itu, beliau turut mengajak semua khasnya jemaah untuk meneruskan aktiviti mengimarahkan Masjid Putra sama ada solat Jumaat atau solat fardu dan program yang akan dianjurkan kelak.

Beliau kemudian membaca ayat al-Quran, Surah Hud ayat ke-88 yang bermaksud:

"Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya selain dari pertolongan ALLAH. Kepada ALLAH jualah aku berserah diri dan kepada-Nya aku kembali.”

Ikmal menjadi kecaman warga maya selepas memberi penjelasan berhubung VIP yang lewat tiba dibenarkan memasuki masjid untuk menunaikan solat Jumaat berbanding jemaah yang telah tiba awal tetapi tidak dibenarkan masuk.

Dalam penjelasannya sebelum ini, beliau tidak meredai tindakan individu yang membuat rakaman video dan menularkannya di laman sosial serta meminta pihak terbabit bertemu dengannya untuk memohon maaf selain berdoa agar diberi hidayah.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!