Warga Bangladesh 'serbu' pejabat pos ambil pasport

Video tular sekumpulan warga asing berkumpul di hadapan Pejabat Pos Jalan Stesen, Klang tanpa mengikut SOP ditetapkan dan tiada penjarakan fizikal.
Video tular sekumpulan warga asing berkumpul di hadapan Pejabat Pos Jalan Stesen, Klang tanpa mengikut SOP ditetapkan dan tiada penjarakan fizikal.
A
A
A

KLANG - Sekumpulan warga Bangladesh yang berkumpul di hadapan Pejabat Pos Jalan Stesen, di sini untuk mengambil pasport diperbaharui menimbulkan kekecohan apabila mereka gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli melalui kenyataan pada Selasa berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pengurus premis berkenaan sekitar jam 8.30 pagi memaklumkan sekumpulan warga asing berkumpul di hadapan bangunan terbabit.

Menurutnya, seramai sekitar 130 warga Bangladesh beratur di hadapan premis tersebut sejak awal pagi di premis itu berikutan kedutaan negara berkenaan melantik Pos Malaysia Klang sebagai ejen untuk mendapatkan pasport yang diperbaharui.

“Pihak polis dari pasukan pematuhan SOP Ibu Pejabat Daerah (IPD) Klang Selatan pergi ke lokasi kejadian dan keadaan berjaya dikawal. Pasukan berkenaan ditugaskan membantu mengawal di premis berkenaan bagi mengelakkan kejadian sama berulang,” katanya.

Pasukan pematuhan SOP Ibu Pejabat Daerah (IPD) Klang Selatan hadir ke lokasi untuk meredakan keadaan yang tidak terkawal.
Pasukan pematuhan SOP Ibu Pejabat Daerah (IPD) Klang Selatan hadir ke lokasi untuk meredakan keadaan yang tidak terkawal.

Tular menerusi satu video yang dimuat naik di Facebook pada Selasa memaparkan sekumpulan warga Bangladesh yang berkumpul di hadapan premis berkenaan tanpa mematuhi SOP yang ditetapkan.

Video berdurasi 24 saat tersebut turut memaparkan seorang pekerja di pejabat pos terbabit yang meninggikan suara kepada kumpulan warga asing yang enggan mendengar arahan.

Artikel Berkaitan: