Laluan ke Teluk Kalong, Kemaman ditutup tiga minggu

Pandangan dari atas antara lokasi yang terlibat bagi kerja-kerja pembaikkan dan penurapan semula jalan. - Foto ihsan pembaca
Pandangan dari atas antara lokasi yang terlibat bagi kerja-kerja pembaikkan dan penurapan semula jalan. - Foto ihsan pembaca
A
A
A

KEMAMAN - Jabatan Kerja Raya (JKR) Kemaman memaklumkan laluan FT145, jalan pintasan Teluk Kalong, di sini ditutup selama tiga minggu bermula 16 September hingga 7 Oktober ini.

JKR dalam kenyataan pada Selasa, memaklumkan penutupan selama 24 jam bagi tempoh tiga minggu itu bertujuan melaksanakan kerja-kerja pembaikkan dan penurapan semula jalan melibatkan laluan sepanjang 2,400 meter.

"Penutupan bermula dari persimpangan lampu isyarat (hadapan Eastern Steel) hingga ke persimpangan T 122 Kolej Universiti TATI (TATiUC).

"Bagi kenderaan dari laluan bandar Chukai Ke Kerteh, dinasihatkan menggunakan laluan alternatif dari Chukai (laluan FT145), belok kanan di persimpangan lampu Isyarat Eastern Steel, melalui Jalan Teluk Kalong (laluan FT146) sepanjang 1.7 kilometer (KM)," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, JKR berkata, pengguna dari persimpangan lampu isyarat (simpang empat Jalan Tosoh) juga boleh menggunakan laluan alternatif melalui laluan FT03 menghala ke Teluk Kalong.

"Selepas pintu masuk TATiUC, pengguna boleh belok kiri di simpang tiga menghala ke FT145 melalui Jalan Pancor/Bukit Anak Dara T122 dan belok kanan di simpang tiga laluan FT145 menghala ke Kuala Terengganu.

"Bagi kenderaan dari laluan Kerteh ke bandar Chukai pula, 1 KM selepas lokasi gerai lemang Kijal, pengguna boleh masuk ke susur kiri di simpang tiga menghala ke FT03 (TATiUC) melalui Jalan Pancor/Bukit Anak Dara T122. Laluan T122 sepanjang 4 KM.

"Selain itu, pengguna juga boleh belok ke kanan menghala ke Chukai (Laluan FT03) di simpang tiga TATiUC dan meneruskan perjalanan sepanjang 4.6 KM sebelum tiba di persimpangan empat lampu isyarat Jalan Tosoh dengan menghala ke laluan FT145 sehingga susur ke kiri di Persimpangan Lampu Isyarat Eastern Steel menghala ke bandar Chukai," jelas kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Pengguna jalan raya turut dinasihatkan agar mematuhi isyarat papan tanda sementara sebagai panduan dan langkah keselamatan bagi mengelakkan kekeliruan.