Bale tidak ikut ke San Siro

Gareth Bale
Gareth Bale
A
A
A

TONGGAK Real Madrid, Gareth Bale terlepas aksi pembukaan saingan kumpulan D Liga Juara-Juara menentang Inter Milan di Stadium San Siro awal pagi Khamis selepas disisihkan pengendali Carlo Ancelotti.

Bale sebelum itu disisihkan Carlo Ancelotti ketika Real Madrid mengatasi Celta Vigo, 5-2 di laman sendiri dalam saingan La Liga selepas mengalami kecederaan semasa sesi latihan.

Menurut laporan media Sepanyol, pemain Wales tersebut yang mengalami kecederaan hamstring dijangka tidak akan beraksi sehingga Oktober menyaksikan beliau terlepas dua perlawanan Liga Juara-Juara dan empat perlawanan La Liga.

Bagaimanapun wakil Bale ketika diajukan status terkini pemain tersebut enggan mengulas lanjut.

Bale sebelum ini cemerlang ketika meledak hatrik semasa Wales membelasah Belarus, 3-2 dalam aksi kelayakan Piala Dunia baru-baru ini, juga tampil bersama pasukannya ketika melakar keputusan seri menentang Estonia.

Untuk rekod, Bale yang kini berada pada tahun terakhir kontraknya di Real Madrid, musim lalu dipinjamkan ke Tottenham Hotspur diturunkan dalam tiga perlawanan awal La Liga, meledak jaringan ketika menentang Levante.

Sementara itu, pertahanan, Austria, David Alaba kembali memperkukuhkan Real Madrid manakala tonggak tengah Toni Kroos dan pertahanan kiri,Ferland Mendy dan Marcelo juga disisihkan kunjungan ke Milan.

Artikel Berkaitan: