Sila log masuk terlebih dahulu.

Polis kesan wanita warga emas hilang

Tianun Padis berusia 86 tahun hilang sejak Sabtu lalu di Kampung Kalibungan Rosok, Kota Belud.
Tianun Padis berusia 86 tahun hilang sejak Sabtu lalu di Kampung Kalibungan Rosok, Kota Belud.
A
A
A

KOTA BELUD - Seorang wanita warga emas dikhuatiri hilang selepas tidak pulang ke rumahnya sejak tiga hari lalu di Kampung Kalibungan Rosok di sini.

Tianun Padis, 86, disedari hilang selepas dipercayai keluar memberi makan ternakan ayam di rumah lamanya yang terletak kira-kira 500 meter dari kediamannya.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Sahimi Husin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung orang hilang pada jam 11.35 pagi Ahad.

Menurutnya, wanita itu dikatakan tidak pulang ke rumahnya sejak Sabtu lalu.

"Anak mangsa bersama penduduk kampung telah melakukan pencarian di kawasan berhampiran tetapi sehingga laporan dibuat mangsa belum lagi ditemui.

"Polis juga menggerakkan operasi mencari dan menyelamat mangsa dengan dibantu anjing pengesan dari Unit K9 Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Sahimi berkata, lokasi kejadian adalah kawasan perkampungan tradisi dan bentuk muka bumi yang berbukit serta hutan kebun tanaman kelapa sawit dan getah.

"Mangsa difahamkan sihat, namun dipercayai sudah mulai nyanyuk. Pakaian terakhir dipakainya bercorak biru dan hijau bergaris serta berseluar hitam," katanya.

Artikel Berkaitan: