Ricciardo tawan GP Itali

Ricciardo meraikan kejayaannya menjuarai GP Itali di Litar Monza sebentar tadi.
Ricciardo meraikan kejayaannya menjuarai GP Itali di Litar Monza sebentar tadi.
A
A
A

PEMANDU McLaren, Daniel Ricciardo mengambil kesempatan atas kemalangan dramatik yang menimpa juara dunia, Lewis Hamilton dan pendahulu kejuaraan Formula Satu (F1), Max Verstappen untuk menjuarai Grand Prix (GP) Itali sebentar tadi.

Lebih manis, rakan sepasukan Ricciardo, Lando Norris menduduki tempat kedua, sekali gus menghadiahkan kemenangan pertama pasukan Britain itu sejak muncul juara GP Brazil pada 2012.

Pemandu Mercedes, Valtteri Bottas pula mengakhiri perlumbaan di kedudukan ketiga dalam saingan di Litar Monza itu.

Terdahulu, Verstappen daripada Red Bull dan Hamilton tersingkir akibat pelanggaran sesama sendiri di pertengahan perlumbaan. Insiden itu berlaku apabila Hamilton mahu memasuki semula litar selepas keluar daripada hentian pit.

Jentera Verstappen berada di atas jentera Hamilton sehingga menyebabkan kedua-dua pemandu tersingkir daripaa saingan GP Itali sebentar tadi.
Jentera Verstappen berada di atas jentera Hamilton sehingga menyebabkan kedua-dua pemandu tersingkir daripaa saingan GP Itali sebentar tadi.

Verstappen dilihat cuba untuk memintas Hamilton ketika pemandu Mercedes itu melakukan hentian pit. Namun, kedua-dua pemandu itu bergesel menyebabkan tayar belakang jentera Verstappen terkena jentera Hamilton.

Situasi itu menyebabkan jentera Verstappen berada di atas jentera Hamilton sehingga mengakibatkan kedua-dua pemandu berkenaan terkeluar daripada perlumbaan.

Insiden berkenaan menghalang seketika hajat Hamilton untuk meraih kejuaraan GP buat kali ke-100 dan dia kini kekal lima mata di belakang Verstappen bagi kedudukan keseluruhan.

Artikel Berkaitan: