Perang mulut Trump-Biden belum reda

Trump (kiri) dan Biden saling menuding jari menyalahkan ketidakcekapan pentadbiran masing-masing. - Foto Agensi
Trump (kiri) dan Biden saling menuding jari menyalahkan ketidakcekapan pentadbiran masing-masing. - Foto Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Presiden ke-45 Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali lagi berbalah dengan penggantinya apabila beliau mengecam keputusan terburu-buru pengunduran pasukan tentera Amerika dari Afghanistan pada bulan lalu.

Menerusi rakaman mesej video sempena ulang tahun ke-20 memperingati tragedi 9/11, bilionair hartanah tersebut dengan lantang menyelar pentadbiran penggantinya, Joe Biden kerana menyerah kalah apabila ia menamatkan perang paling lama selama dua dekad di Kabul.

“Ia adalah keputusan paling teruk dan jelas menunjukkan ketidakcekapan Biden,” sindirnya walaupun Trump yang pada mulanya mencapai perjanjian berhubung pengunduran tentera AS menjelang Mei 2021 menerusi kesepakatan dicapai bersama Taliban pada Februari 2020.

Trump turut menyalahkan Biden kerana ‘meninggalkan’ sebahagian kelengkapan tentera Amerika walaupun jurucakap pasukan keselamatan AS mendakwa sudah melumpuhkan fungsi kebanyakan daripadanya.

Sebagai respons terhadap kritikan yang semakin meningkat, Biden tetap mempertahankan keputusannya sambil menegaskan AS tidak boleh ‘menyerang’ setiap negara yang didakwa memberi perlindungan kepada al-Qaeda.

“Misi utama kita sudah tercapai apabila pemimpin kumpulan militan itu, Osama Laden terkorban di Pakistan pada 2 Mei 2011,” ujarnya.

Ketika ini, keputusan Biden turut dikecam anggota Republikan dan Demokrat apabila Taliban kini kembali memegang tampuk pemerintahan di Afghanistan.

Detik pengunduran AS juga menjadi simbol kemenangan kepada Taliban apabila kumpulan itu mengibarkan bendera gerakan tersebut di Istana Presiden di Kabul ketika sambutan dua dekad serangan 11 September 2001. - Agensi

Artikel Berkaitan: