Aktiviti Riadah

No Image Caption
A
A
A

Pengunjung tidak melepas peluang untuk menaiki Zip Line Shah Alam iaitu kemudahan baharu Majlis Bandaraya Shah Alam yang baru dibuka semula sejak semalam selepas Negeri Selangor beralih kepada fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika tinjauan fotoBernama di Taman Tasik Shah Alam hari ini.

Zip Line ini ditutup ekoran perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 lalu bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Namun pengunjung yang mahu merasai aktiviti ini harus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutamanya sentiasa memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal, biarpun kerajaan mengumumkan kelonggaran kepada individu sudah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19 seperti aktiviti sosial, meliputi makan di restoran dan beriadah. - Foto Bernama

Artikel Berkaitan: