Pokok Ros Jadi Tarikan di Pendang

No Image Caption
A
A
A

Pembantu jualan, Nurul Tasnim Khairol Anuar, 22, (kanan) menunjukkan bunga ros yang dijual di Pusat Jualan Pokok Ros di pekan Pendang, hari ini.

Menurutnya, sambutan terhadap jualan bunga ros amat menggalakkan khususnya ketika pandemik COVID-19 ini kerana rata-rata orang ramai menjadikannya sebagai hiasan rumah dan terapi jiwa bagi berdepan cabaran pandemik ketika ini.

Antara bunga ros yang digemari ramai ialah jenis Red Baccara dan Moulin De La Gallate.

Tambahnya, selain dibeli terus ia juga dijalankan melalui khidmat penghantaran (COD) dan orang ramai juga boleh mendapatkannya secara atas talian.

Premis yang terletak berhampiran Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Cenderawasih itu menempatkan lebih 1,000 pokok ros dengan 200 spesis pokok yang tahan panas dan dijual serendah RM20 hingga RM30 sepokok. - Foto Bernama

Artikel Berkaitan: