'Tempoh 14 hari terbaik dalam karier saya'

Arteta
Arteta
A
A
A

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta mengakui berada pada detik terbaik dalam karier profesionalnya selepas The Gunners menewaskan Norwich City 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu.

Kemenangan di Emirates itu adalah tiga mata pertama buat skuad kendalian Arteta selepas tiga kekalahan berturut-turut sebelum ini.

Tekanan mula menyelubungi Arteta dan pengarah teknikal, Edu selepas tiga kekalahan tersebut, namun jaringan tunggal dan juga gol kemenangan daripada Pierre-Emerick Aubameyang melegakan kem Arsenal.

"Kami sangat gembira. Kami tahu ia sangat sukar dan kami dapat apa yang kami mahukan iaitu menang perlawanan ini dan dapat mata.

"Kami perlu menderita dan untuk menang perlawanan kami perlu seperti ini. Selepas tiga kekalahan,perkara menjadi lebih sukar. Saya boleh katakan ini adalah 10 atau 14 hari terbaik dalam karier profesional saya. Tidak mudah tetapi adalah yang terbaik.

"Kami belajar banyak perkara ketika kekalahan tersebut dan kami bangkit untuk meraih kemenangan," katanya.

Kemenangan tersebut menyaksikan Arsenal kembali merasai nikmat kemenangan selepas aksi hambar tewas tiga kekalahan berturut-turut kepada Brentford, Chelsea dan Manchester City.

"Dalam keadaan sukar apabila anda melihat pemain dan kemampuan kelab ini selain dengan keadaan penyokong. Mereka telah sedia untuk menderita tetapi mereka tetap memberikan yang terbaik buat pasukan. Hari ini dan minggu lalu segalanya menjadi lebih baik.

Artikel Berkaitan:

"Namun, kami masih perlu meningkatkan persembahan dan masih banyak ruang penambahbaikkan boleh dilakukan. Hari ini kami melakukan tujuh pertukaran dan ia memberikan impak," katanya.