Haaland ketuai kebangkitan Dortmund di BayArena

Haaland meraikan jaringan pertama Borussia Dortmund ketika bertandang ke BayArena menentang Bayer Leverkusen. FOTO: AFP
Haaland meraikan jaringan pertama Borussia Dortmund ketika bertandang ke BayArena menentang Bayer Leverkusen. FOTO: AFP
A
A
A

DUA jaringan Erling Braut Haaland sudah cukup membantu Borussia Dortmund bangkit ketinggalan dua kali untuk mengatasi Bayer Leverkusen 4-3 dalam perlawanan Bundesliga di BayArena.

Gol Haaland tersebut menyaksikan peledak Norway berkenaan telah meledak lapan gol dalam lima perlawanan terakhirnya bersama kelab dan negara termasuk hatrik ketika menewaskan Gibraltar dalam aksi kelayakan Piala Dunia pada Selasa.

Pemain berusia 21 tahun itu juga menjaringkan lima gol dalam tiga perlawanan kelayakan dalam tempoh 10 hari selepas meledak jaringan ketika membantu Dortmund melakar kemenangan 3-2 ke atas Hoffenheim dua minggu lalu.

Pada perlawanan di Leverkusen itu, pemain antarabangsa remaja Jerman, Florian Wirtz meletakkan tuan rumah di depan minit kesembilan, namun Haaland menyamakan kedudukan pada minit ke-37 sebelum Patrick Schick menjadikan kedudukan 2-1 dengan gol minit ke-46.

Haaland kemudian mengetuai kebangkitan pelawat pada babak kedua apabila memastikan jaringan Julian Brandt pada minit ke-49 mengikat kedudukan 2-2 sebelum pemain sayap Perancis Leverkusen, Moussa Diaby untuk meletakkan tuan rumah kembali di depan 3-2 pada minit-55.

Dortmund yang tidak berputus asa menyamakan kedudukan buat kali ketiga menerusi Raphael Guerreiro pada minit ke-71 sebelum Haaland meletakkan pelawat di depan pada minit ke-77 hasil sepakan penalti selepas kekasaran terhadap Marco Reus.

Sementara itu, Wolfsburg mengekalkan rekod tanpa kalah saingan kejuaraan tertinggi liga Jerman apabila melakar kemenangan 2-0 ke atas kelab yang baru dinaikkan Greuther Fuerth, sekaligus memimpin Bundesliga dengan 12 mata selepas mengharungi empat perlawanan.

Artikel Berkaitan: