Kerja pembangunan di Bukit Tabur dihentikan

Balasan ciapan Amirudin berhubung perkembangan di Bukit Tabur, pada Sabtu. Foto: Ihsan Twitter @Iamkanahraf.
Balasan ciapan Amirudin berhubung perkembangan di Bukit Tabur, pada Sabtu. Foto: Ihsan Twitter @Iamkanahraf.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerja-kerja pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak tidak bertanggungjawab di Bukit Tabur telah dihentikan hasil siasatan pihak berkuasa.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin menerusi ciapan di laman Twitternya pada Sabtu.

Beliau berkata, hasil semakan lanjut dilakukan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Pejabat Daerah Gombak mendapati tiada sebarang kelulusan diberikan untuk aktiviti pembangunan di kawasan terbabit.

"Pihak penguat kuasa telah turun ke lokasi tersebut untuk menghentikan aktiviti dan menyita jentera terlibat," ciapnya.

Amirudin berkata demikian bagi membalas ciapan salah seorang pelayar Twitter dikenali sebagai Farhan yang mempersoalkan mengenai kerja-kerja pembangunan di Bukit Tabur.

Menurut hantaran itu, Farhan meminta penjelasan daripada Amirudin berhubung kerja-kerja pembangunan yang sedang giat dilaksanakan di kawasan itu oleh pihak kontraktor.

"Hikers pun tak boleh masuk tapi heavy machinery steady je masuk.

"Tiada sebarang aktiviti pembangunan dibenarkan di Bukit Tabur. Minta penjelasan Datuk Seri," ciapnya.

Artikel Berkaitan: