X

Kindly register in order to view this article
!

Pas sokong Ahmad Maslan sebagai Timbalan Speaker Parlimen

Ahmad Maslan
A
A

YAN - Pas memberikan sokongan kepada Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan untuk dilantik Timbalan Speaker Parlimen baharu pada persidangan Parlimen, Isnin ini.

Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad berkata, beliau yakin 18 ahli Parlimen daripada parti tersebut akan memberikan sokongan kepada Setiausaha Agung UMNO itu bagi mengantikan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang meletak jawatan dua minggu lalu.

"Insya-ALLAH, 18 orang ahli Parlimen Pas akan berikan sokongan kepada Ahmad," katanya pada sidang akhbar selepas Program Sumbangan Musa'adah Bencana Banjir Kepala Air Menteri Agama di Pusat Rekreasi Titi Hayun, dekat sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut berhubung kes mahkamah yang sedang dihadapi oleh Ahmad, beliau yang juga Menteri Hal Ehwal Agama berkata, seseorang individu masih belum boleh dikatakan bersalah selagi kesalahan belum dibuktikan.

"(Berkenaan hukuman tersebut) selagi hukuman tidak dijatuhkan, kita tidak boleh menganggap orang itu bersalah," jelasnya.

Idris (kanan) semasa turun meninjau kesan bencana banjir kepala air di Pusat Rekreasi Titi Hayun, pada Sabtu.
Idris (kanan) semasa turun meninjau kesan bencana banjir kepala air di Pusat Rekreasi Titi Hayun, pada Sabtu.

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengesahkan Ahmad yang juga Setiausaha Agung UMNO merupakan calon tunggal daripada blok kerajaan untuk dilantik sebagai Timbalan Speaker Parlimen baharu pada persidangan Parlimen minggu hadapan.

Jelas bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu, pencalonan Ahmad bagi menggantikan Azalina adalah satu keputusan tepat kerana kerusi itu masih perlu diisi oleh calon blok kerajaan.

ARTIKEL BERKAITAN: [EKSKLUSIF] Ahmad Maslan sah calon tunggal Timbalan Speaker Parlimen


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!