Mat Dan Ikon Pelancongan Terengganu

Ikon Pelancongan Terengganu, Mat Dan. - Foto Urusetia Penerangan Darul Iman-UPDI
Ikon Pelancongan Terengganu, Mat Dan. - Foto Urusetia Penerangan Darul Iman-UPDI
A
A
A

KUALA TERENGGANU- Selebriti terkenal yang fasih dengan loghat Terengganu, Mat Dan dipilih sebagai Ikon Pelancongan Terengganu oleh kerajaan negeri.

Pemilihan itu dibuat bagi membolehkan pemuda yang berasal dari Bristol, England itu dapat mempromosi dan memperkukuhkan nama Terengganu ke persada yang lebih besar, khususnya pasaran luar negara seperti United Kingdom dan Eropoh.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, pemilihan itu telah dibuat pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri baru-baru ini.

Tahun ini, genap 10 tahun Mat Dan menetap di Terengganu.
Tahun ini, genap 10 tahun Mat Dan menetap di Terengganu.

Selain Mat Dan, ahli-ahli Kelab Perantau anak Terengganu dan Persatuan Mahasiswa Terengganu (Permata) juga akan dilantik sebagai Duta Kecil Pelancongan dalam usaha menggembleng tenaga komuniti Terengganu yang berada di luar negeri untuk bersama-sama berperanan mempromosikan keindahan Terengganu.

Sementara itu, Mat Dan atau Mohammad Kareef Daniel Abdullah,30, merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri kerana memberikan kepercayaan kepadanya untuk menjadi Ikon Pelancongan Terengganu.

“Bulan ini, genap 10 tahun saya menetap di Terengganu, kalau tanya saya 10 tahun lepas, untuk jadi duta atau ikon pelancongan ini, memang saya tak sangka dan saya bersyukur dengan pemilihan ini.

Ikon Pelancongan Terengganu, Mat Dan. - Foto Urusetia Penerangan Darul Iman-UPDI.
Ikon Pelancongan Terengganu, Mat Dan. - Foto Urusetia Penerangan Darul Iman-UPDI.

Artikel Berkaitan:

“Saya akan buat apa yang termampu dengan status saya sebagai selebriti untuk promosi Terengganu. Minggu depan saya akan ke Berlin, Jerman untuk menyertai ekspo bagi mempromosikan Terengganu kepada semua pemain industri antarabangsa.

“Orang beritahu Terengganu banyak tempat yang menarik seperti pulau dan pantai, tapi sebenarnya apa yang buat saya ‘sangkut’ selama 10 tahun di sini adalah hospitaliti dan orang tempatan yang cukup baik,” katanya.