Usah lengah usaha banteras rasuah

Tindakan melengah-lengahkan usaha membanteras gejala rasuah secara tegas dan drastik akan menyukarkan Malaysia untuk berada dalam landasan menuju kemajuan sesebuah negara. Gambar kecil: Ahmad Syahir
Tindakan melengah-lengahkan usaha membanteras gejala rasuah secara tegas dan drastik akan menyukarkan Malaysia untuk berada dalam landasan menuju kemajuan sesebuah negara. Gambar kecil: Ahmad Syahir
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan melengah-lengahkan usaha membanteras gejala rasuah secara tegas dan drastik akan menyukarkan Malaysia untuk berada dalam landasan menuju kemajuan sesebuah negara.

Yang Dipertua Kesatuan Pelajar Islam Perak, Ahmad Syahir Abdul Razak berkata, berdasarkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) pada tahun 2020, Malaysia berada di tangga yang ke-57 berbanding ke-51 daripada 180 negara pada tahun sebelumnya.

Menurutnya, hal ini sangat membimbangkan kerana ia membantutkan kemajuan negara dari segi pemikiran dan masa depan anak bangsa.

"Natijah yang terpaksa kita tanggung daripada gejala rasuah ini adalah kurangnya pemimpin yang berintegriti dan berwibawa, kemerosotan ekonomi dan yang paling ditakuti adalah pengabaian hak dan kepentingan rakyat.