Pengusaha Gimnasium hargai usaha KBS, KKM

Mohd Azlan
Mohd Azlan
A
A
A

PERSATUAN Pengusaha Gimnasium Malaysia (PPGM) menyambut baik usaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memastikan pembukaan semula industri gimnasium dan pusat kecergasan.

Malah menurut Setiausaha Kehormat PPGM, Mohd Azlan Mohd Supian, inisiatif diambil KBS dan KKM tersebut secara tidak langsung memberi respon positif terhadap perkara-perkara yang pernah dikemukakan kepada kementerian itu sebelum ini.

“Sebelum ini kami serta dua lagi persatuan yang masing-masing mewakili sukan futsal dan badminton telah pun kemukakan beberapa perkara kepada KBS dan KKM dalam usaha memastikan fasiliti sukan dapat diberikan kelonggaran beroperasi.

“Namun, tidak ada sebarang maklum balas yang kami terima sehinggalah hari ini apabila buat kali pertamanya pihak menteri bersuara lantang berhubung perkara ini. Jadi kami berharap agar perkara ini seterusnya mendapat reaksi yang baik daripada kerajaan dan kami pengusaha gimnasium termasuk sukan-sukan lain dapat kembali beroperasi seperti biasa secepat mungkin,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.

Dalam pada itu, Mohd Azlan turut memohon supaya kerajaan dapat menambah jumlah bantuan yang disalurkan menerusi Geran Prihatin Industri Sukan (GPIS) seperti yang diumumkan sebelum ini.

Menurut Mohd Azlan, geran berjumlah RM3,000 sebelum ini agak kecil dan tidak mencukupi bagi menampung kos kerugian ditanggung pengusaha sukan khususnya gimnasium yang telah tidak beroperasi sejak lima bulan lalu.

“GPIS ini diumumkan pada Julai dan mungkin pada Oktober akan dapat bantuan berkenaan, tapi jumlahnya kecil sangat dan tidak mencukupi.

“Selain itu Skim Pembiayaan Industri Sukan (SPIS) pula meletakkan kadar faedah yang tinggi sebanyak empat peratus. Sama macam TEKUN Nasional yang letak kadar faedah empat peratus ditambah dengan lima peratus untuk ‘simpanan’ tujuh tahun, sedangkan wang itu mahu digunakan sekarang.

Artikel Berkaitan:

“Untuk mohon pinjaman pula, sama ada daripada TEKUN Nasional atau bank antara syaratnya, mereka nak buat lawatan ke premis (site visit), tetapi gimnasium tutup, macam mana nak buat lawatan?,” katanya.