Pemimpin utama Taliban terajui kerajaan sementara Afghanistan

No Image Caption
A
A
A

1.Mullah Mohammad Hassan Akhund (Pemangku Perdana Menteri)

- Beliau merupakan veteran Taliban dan teman rapat serta penasihat politik kepada pengasas gerakan dan Pemimpin Agung pertama, Mullah Omar.

- Anggota Majlis Tertinggi Taliban, memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Luar di bawah pemerintahan sebelum ini.

- Berada dalam senarai sekatan Majlis Keselamatan PBB berhubung tindakan dan aktiviti’ gerakan Taliban.

- Memegang jawatan sebagai Gabenor Taliban di Kandahar yang merupakan kubu kuat kumpulan itu.


2.Mullah Abdul Ghani Baradar (Pemangku Timbalan Perdana Menteri Pertama)

- Pendudukan Kesatuan Soviet pada akhir 1970-an telah mengubah hidupnya yang dibesarkan di tempat kelahiran Taliban di Kandahar.

- Didakwa pernah bertempur di sisi Mullah Omar.

Artikel Berkaitan:

- Pada awal 1990-an, beliau bersama Mullah Omar mengasaskan gerakan Taliban ketika situasi kucar-kacir akibat perang saudara yang disusuli dengan pengunduran Kesatuan Soviet.

- Pada 2010, beliau ditahan di Pakistan sebelum dibebaskan dan dipindahkan ke Qatar pada 2018.

- Di Doha, beliau dilantik sebagai Ketua Pejabat Politik Taliban dan mengawasi perjanjian pengunduran tentera AS dari Afghanistan.


3.Mawlawi Abdul Salam Hanafi (Pemangku Timbalan Perdana Menteri Kedua)

- Memegang jawatan Timbalan Menteri Pendidikan ketika pemerintahan sebelum ini.

- Berada dalam senarai hitam PBB.

- Larangan perjalanan dikenakan PBB ditarik balik bagi membolehkan beliau terlibat rundingan bersama pasukan perunding politik Taliban di Doha.

- Selepas Taliban disingkirkan dari Kabul pada 2001, beliau dipertanggungjawabkan untuk mengawal wilayah Jawzjan bersempadan Uzbekistan yang dikawal kumpulan itu.


4.Sirajuddin Haqqani (Pemangku Menteri Dalam Negeri)

- Anak kepada komander anti-Soviet terkenal, Sirajuddin Haqqani.

- Merupakan timbalan gerakan Taliban dan pemimpin Rangkaian Haqqani.

- Jabatan Negara AS pernah menawarkan ganjaran jutaan dolar kepada individu yang memberi maklumat bagi membawa kepada penahanannya.

- Rangkaian Haqqani berpusat di timur Afghanistan dan mempunyai pengaruh besar dalam kepimpinan Taliban.


5.Mullah Yaqoob (Pemangku Menteri Pertahanan)

- Anak kepada pengasas bersama Taliban, Mullah Omar.

- Memimpin sayap ketenteraan gerakan itu dan pe-ngaruh bapanya menjadikan beliau sebagai tokoh kanan gerakan tersebut.