Lamborghini rempuh Proton Perdana hingga terbalik

Lamborghini hilang kawalan rempuh kenderaan lain hingga terbalik.
Lamborghini hilang kawalan rempuh kenderaan lain hingga terbalik.
A
A
A

KUALA LUMPUR ‐ Sebuah kereta mewah jenis Lamborghini hilang kawalan lalu merempuh dari belakang sebuah Proton Perdana hingga terbalik dalam kejadian di Jalan Tun Razak menghala Bulatan Pahang di sini pada pagi Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, dalam kejadian pada jam 8.40 pagi itu, beberapa buah kenderaan yang sedang berhenti dalam kesesakan turut dilanggar kereta mewah berkenaan.

"Pemandu telah gagal mengawal kenderaan dan melanggar kereta jenis Proton Perdana berwarna kelabu yang dipandu wanita berusia 53 tahun sehingga terbalik.

Keadaan Lamborghini dan kereta Proton Perdana selepas terlibat kemalangan.
Keadaan Lamborghini dan kereta Proton Perdana selepas terlibat kemalangan.

"Siasatan mendapati kenderaan jenis Lamborghini itu dipandu lelaki tempatan berusia 42 tahun yang memandu dari arah KLIA menghala ke Bulatan Pahang," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sarifudin berkata, keputusan ujian alkohol dan air kencing ke atas pemandu kereta mewah tersebut didapati negatif.

"Kesemua pemandu kenderaan yang terlibat hanya cedera ringan dan mendapatkan rawatan di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL). Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: