9,289 pelajar menengah di Sibu mula divaksin pada Rabu

Pelaksanaan PICK Bahagian Sibu yang melibatkan seramai 9,289 pelajar sekolah menengah berusia 16 hingga 17 tahun akan bermula pada Rabu.
Pelaksanaan PICK Bahagian Sibu yang melibatkan seramai 9,289 pelajar sekolah menengah berusia 16 hingga 17 tahun akan bermula pada Rabu.
A
A
A

SIBU - Pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Bahagian Sibu yang melibatkan seramai 9,289 pelajar sekolah menengah berusia 16 hingga 17 tahun akan bermula pada Rabu, kata Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) Bahagian Sibu pada Selasa.

Jawatankuasa itu dalam satu kenyataan berkata, pelajar berkenaan adalah dari 33 buah sekolah menengah kebangsaan (SMK), sekolah menengah dan sekolah swasta di bahagian itu yang akan diberi suntikan vaksin Comirnaty (Pfizer-BioNTech).

“Sebanyak tiga buah pusat pemberian vaksin (PPV) statik beroperasi sepanjang PICK ini melibatkan PPV Dewan Suarah Sibu, PPV Dewan Serbaguna Sibu Jaya dan PPV Dewan Pejabat Daerah Kanowit,” kata kenyataan itu.

Selain itu, perkhidmatan PPV Bergerak Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu dan PPV Bergerak Pejabat Kesihatan Daerah Selangau akan beroperasi di SMK Ulu Balingian.

“Pelajar-pelajar yang akan ke PPV untuk mendapatkan suntikan vaksin dinasihatkan agar datang bersama ibu bapa atau penjaga mereka dengan membawa kad pengenalan dan telefon bimbit yang mempunyai aplikasi MySejahtera serta kad kesihatan sekiranya ada,” jelas kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: