X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 29 Jun 2022

Program Gerak Kerjaya Johor 2021 tawar 5,000 kekosongan jawatan

Program Gerak Kerjaya Johor diadakan secara maya dan menawarkan 5,000 kekosongan jawatan.
A
A

JOHOR BAHRU - Sebanyak 5,000 kekosongan jawatan ditawarkan sempena Program Gerak Kerjaya Johor 2021 yang akan diadakan secara dalam talian (online) bermula 18 September hingga 29 September 2021.

Pengurus Besar Unit Strategik Modal Insan Johor, Tazrina Ahmad berkata, karnival itu merupakan inisiatif Unit Strategik Modal Insan Johor sebagai usaha menyediakan peluang pekerjaan dan perkongsian maklumat menggunakan pendekatan digital.

“Program ini menyasarkan penglibatan lebih 50 majikan dari pelbagai sektor industri seperti pembuatan, penginapan, perkhidmatan, pemborong dan peruncitan dan sebagainya,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, modal insan dan tenaga kerja di negeri Johor adalah asas orientasi kepada pembangunan yang sedang pesat berlaku di Johor.

Program Gerak Kerjaya Johor diadakan secara maya bermula 18 September hingga 29 September 2021.
Program Gerak Kerjaya Johor diadakan secara maya bermula 18 September hingga 29 September 2021.

“Justeru kerajaan negeri Johor memerlukan jumlah yang ramai bagi keperluan tenaga mahir untuk memenuhi keperluan semasa.

“Saya berharap agar anak-anak Johor menyertai program ini dan mengisi peluang-peluang yang disediakan. Pelbagai pengisian slot webinar menarik serta bermanfaat antaranya perkongsian oleh MauKerja, TalentCorp, Linkedin, PwC Malaysia dan banyak lagi,” katanya.

Majlis perasmian penutup program itu akan diadakan pada 30 September 2021 secara maya.

Bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan program, orang ramai boleh layari laman media sosial rasmi jabatan di Facebook Unit Strategik Modal Insan Johor.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!