X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 24 Januari 2022

Polis akan rakam percakapan dua lelaki bergaduh depan kedai

Tular video berdurasi tiga minit menunjukkan dua lelaki bergaduh dan saling bertikam lidah dengan seorang daripadanya memegang topi keledar sementara seorang lagi cedera di muka.
A
A

BAGAN SERAI - Polis akan merakam percakapan dalam masa terdekat dua lelaki yang terlibat dalam pergaduhan di hadapan sebuah kedai di Parit 2 di sini minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, kedua-dua lelaki itu dipanggil selepas pihaknya mendapat perintah untuk menyiasat (OTI) daripada pendakwa raya.

"Kami telah mendapatkan OTI daripada timbalan pendakwa raya untuk meneruskan siasatan.

“Kami akan terus memanggil dua lelaki terbabit untuk diambil keterangan, kertas siasatan seterusnya akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya dalam tempoh terdekat untuk arahan tuduh," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Mazuki
Mazuki
ARTIKEL BERKAITAN: Polis cari dua lelaki bergaduh depan kedai

Pada 3 September lepas, tular satu video berdurasi tiga minit menunjukkan dua lelaki bergaduh dan saling bertikam lidah dengan seorang daripadanya memegang topi keledar sementara seorang lagi mengalami cedera pada muka.

Tidak dapat dipastikan hubungan kedua-dua lelaki itu dan punca kejadian, namun menerusi rakaman ada menyebut mereka adik-beradik dan pergaduhan berlaku disebabkan perebutan wanita.

Polis yang menerima maklumat kejadian itu telah mengklasifikasikan kes di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana melakukan gaduh gempar.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi enam bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!