X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 19 Oktober 2021

Harimau Kumbang terkam Tok Gajah di Darul Makmur

Antara aksi menarik perlawanan Penang FC menentang Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur. FOTO: SRI PAHANG FC
A
A

PENANG FC berjaya melonjak ke tempat kedua Liga Super, selepas mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan, sekali gus meneruskan pemburuan untuk slot ke Piala AFC 2022.

Turun selaku tuan rumah, skuad Tok Gajah berjaya memecahkan kebuntuan pada minit ke-61 menerusi jaringan penyerang import dari Sudan Kenny Athiu, yang meledak masuk lorongan cantik daripada Muhammad Baqiuddin Shamsudin.

Namun, skuad Harimau Kumbang berjaya bangkit menyamakan kedudukan menerusi pemain import dari Brazil Endrick dos Santos pada minit ke-68, apabila percubaannya gagal ditangkap dengan kemas oleh penjaga gawang Sri Pahang, Mohamad Helmi Eliza Elias.

Kecuaian di bahagian pertahanan sekali lagi menghukum skuad kendalian Dollah Salleh, apabila bola yang cuba dikeluarkan oleh pemain pertahanan terkena lutut Muhammad Danial Ashraf Abdullah, sebelum terpantul masuk ke dalam gawang pada minit ke-72.

Keputusan itu membantu Penang FC mengumpul 40 mata selepas 21 perlawanan, untuk memintas Kedah Darul Aman (KDA) FC yang mempunyai 39 mata dengan kelebihan satu perlawanan dan Terengganu FC yang memiliki 37 mata.- Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!