Pesawat TUDM terbang rendah di ruang udara Borneo

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan Eksesais Ababil 2021 di Pangkalan Udara Labuan dan Kota Belud mulai 7 hingga 17 September ini melibatkan ruang udara Borneo serta perairan sekitarnya.

TUDM dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan eksesais itu bertujuan menilai kecekapan juruterbang-juruterbang TUDM, anggota-anggota Pasukan Khas TUDM serta pasukan sokongan logistik dalam melaksanakan tanggungjawab bagi melindungi kedaulatan negara.

“Selain itu, eksesais ini bertujuan untuk menguji keupayaan peralatan persenjataan serta kesiagaan aset-aset TUDM bagi menjamin keberkesanan dalam pelaksanaan tugas operasi bersama melibatkan pesawat daripada pelbagai kategori seperti pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter.

“Sepanjang eksesais berlangsung, pesawat-pesawat TUDM akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah di kawasan-kawasan tertentu yang digazetkan kawasan latihan,” kata kenyataan itu.

TUDM turut memaklumkan kepada orang ramai agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat TUDM terbang rendah sepanjang tempoh eksesais. - Bernama

Artikel Berkaitan: